Showing posts with label Pra Natal. Show all posts
Showing posts with label Pra Natal. Show all posts

Friday, March 2, 2007

Pra natal


Kehamilan adalah satu jangkamasa yang dialami oleh wanita dari peringkat mula mengandung sehingga kepada kelahiran bayi. Pada peringkat awal, embrio akan mengalami proses perkembangan seterusnya proses pembesaran dan dikenali sebagai fetus. Struktur-struktur penting seperti denyutan jantung akan terbentuk selepas enam minggu berlaku proses persenyawaan. Proses perkembangan dan pembesaran ini berlaku secara berterusan sehingga tempoh kematangan. Jangkamasa kehamilan seseorang ibu ialah 260-279 hari. Ia bergantung kepada umur serta saiz badan ibu. Seseorang ibu yang berbadan besar akan mengalami proses kehamilan yang lebih panjang dan bayi yang dilahirkan biasanya lebih kurang paun.


Hormon estrogen dan progestron ialah hormon yang dirembeskan oleh plesenta ke dalam tisu ibu. Hormon ini penting untuk mempertahankan kehamilan sehingga cukup tempohnya. Hormon estrogen akan mempengaruhi uterus bagi memudahkan proses kelahiran serta berfungsi untuk mempercepatkan perkembangan system vaskular fetus supaya oksigen dan darah dapat dibekalkan secukupnya bagi perkembangan dan pertumbuhan fetus. Manakala fungsi hormone estrogen pula adalah untuk membolehkan berlakunya pembesaran saluran vagina supaya bayi mudah ditolak keluar melalui pelvis.


Dalam tempoh sembilan bulan, zigot akan mempunyai kira-kira 200 bilion sel. Satu nyawa baru akan terbentuk hasil daripada pemecahan ovum oleh sperma dalam proses mitosis dan seterusnya akan membentuk zigot. Semasa proses pemecahan ovum oleh sperma, Sel ovum akan menurunkan kromosom X tetapi sel sperma mempunyai samada kromosom X atau kromosom Y. Jantina bayi dapat ditentukan apabila kromosom yang diturunkan oleh lelaki samaada kromosom X atau Y. Zigot perempuan akan terbentuk jika kromosom X perempuan bertemu dengan kromosom X lelaki. Zigot lelaki pula akan terbentuk apabila kromosan X perempuan dengan kromosam Y lelaki bertemu. Bayi lelaki akan mempunyai kromosam XY manakala bayi perempuan pula mempunyai XX kromosom.

Terdapat 3 tahap perkembangan di waktu prenatal iaitu tahap ovum, dari tempoh persenyawaan sehingga dua minggu. Setelah 24 hingga 36 jam berlakunya proses persenyawan, zigot telah memecahkan selnya sehingga menjadi pasangan 46 kromosom. Pemecahan sel terus berlaku dan pada waktu yang sama zigot turun secara perlahan-lahan ke tiub falopio. Sewaktu sampai ke rahim, zigot telah mempunyai 32 sel. Apabila samapai ke pintu rahim, zigot telah mula membezakan funhsi selnya pada lapisan luar yang akan menjadi uri ( placentea), tali pusat ( umbilical cord ) dan pundi-pundi amniotic. Sel di bahagian dalam pula akan menjadi lembaga atau embrio. Setelah 2 minggu berada di dinding rahim, ovum telah mempunyai pergantungan sepenuhnya pada sokongan ibu dan dikelilingi oleh cecair amniotik.


Seterusnya akan dibincangkan pula tahap kedua iaitu tahap embrio atau lembaga. Pada minggu kedua, zigot telah benar-benar kukuh kedudukannya di dalam rahim. Perkembangan embrio menjadi semakin pesat serta sel-sel juga giat mengkhusus pembentukkannya pada pertumbuhan bahagian tertentu. Pada minggu ke enam pula, embrio telah berukuran kira-kira satu inci dan beratnya kira-kira 1/13 oz. Bagi embrio yang berumur lapan minggu telah membentuk bahagian mulut, hidung dan mata. Bahagian kepala menjadi besar daripada bahagian-bahagian lain kira-kira setengah daripada keseluruhan bahagian badan. Embrio juga akan bergantung sepenuhnya kepada tali pusat yang menggabungkan embrio dengan uri untuk mendapat bahan makanan dan membuang bahan yang tidak diperlukan. Tali pusat terbina daripada tiga saluran darah. Panjang uri kira-kira lima hingga lapan inci dan tebalnya kira-kita seinci. Ia digunakan dengan dua arah iaitu arah diri ibu dan embrio. Embrio menyerap oksigen, asid amino, gula, lemak dan bahan-bahan lain daripada saluran darah ibunya menakala uri pula bertugas untuk menyeimbangkan bahan makanan sebelum diserap oleh embrio.

Selain itu, di tahap embrio juga telah terbentuk dengan jelas tiga bahagian khusus pada keseluruhan sistem badan bayi iaitu bahagian ektoderma, mesoderma dan endoderma. Ektoderma merupakan lapisan luar embrio. Lapisan ini akan menjadi kulit bayi, rambut, kuku, gigi dan kelenjar saraf. Dalam lapisan ektoderma pula terdapat cecair charion dan amino yang mengawal embrio daripada perubahan suhu yang terlalu kuat dan juga menjaga embrio apabila ibu mengalami kejutan dan sebagainya. Lapisan mesoderma dikenali sebagai lapisan pertengahan yang akan membentuk otot-otot badan, kulit dalam dan beberapa organ lain. Bagi endoderma, ia merupakan lapisan dalam yang akan menjadi penghadaman, jantung, kelenjara teroid, dan organisama dakalam badan bayi. Ketiga-tiga lapisan ini menjadi sistem asas yang penting pada pembentukkan bayi.

Minggu ke lapan atau kedua belas, berakhirlah waktu embrio. Waktu ini juga, jantung bayi telah mula berdenyut serta membentuk “ spinal card” iaitu sebahagian daripada otak bayi. Di tahap embrio dan fetus, perkembangan kandungan ini mengikut arah caphalocaudal iaitu perkembangan yang dimulai dari arah atas embrio ke bawah. Di akhir minggu ke lapan embrio, organ badan yang penting telah terbentuk tetapi dalam keadaan yang masih primitif serta mempunyai gerakan pantulan. Minggu ke lapan ini dikatakan sebagai waktu sensitif atau waktu yang kritikal pada perkembangan bayi. Pada waktu ini jugalah sistem saraf bayi mula berfungsi. Kerosakkan atau gangguan yang berlaku seperti ibu terjatuh, pengambilan ubat yang berlebihan akan mempengaruhi sistem saraf bayi apabila dilahirkan. Besar kemungkinan mereka akan mengalami kecacatan mental atau mengalami perkembangan mental yang tidak normal. Di tahap embrio juga didapati berlakunya keguguran bayi yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan ovum dalam tahap fetus.


Tahap terakhir adalah tahap fetus iaitu bulan ketiga hingga kelahiran. Proses pembentukkan bayi pada waktu ini menjadi lebih cepat. Di bulan keempat, bayi telah mempunyai bentuk manusia tetapi dalambentuk yang tidak seimbang. Bahagian kepala masih lagimewakili bahagian keseluruhan badan. Pada akhir minggu kesepuluh pula, bayi dalam kandungan sudah mela bergerak. Panjang bayi kira-kira 41/2 inci dan beratnya kira-kira ¾ hingga 1 oz. Perubahan pada tahap fetus lebih cepat jikam dibandingkan dengan tahap sebelumnya. Di bulan ketiga dan keempat, otot fetus berkembang dengan pesat dan mula bergerak serta mampu untuk membuka dan menutup mulutnya. Fetus juga boleh menggerak-gerakkan tangan dan dapat membawa ibu jarinya ke dalam mulut. Di akhir bulan keempat ibu telah boleh merasai pergerakan bayinya.

Di bulan keempat perkembangan dan pertumbuhan bayi menjadi lebih pesat lagi. Panjang fetus menjadi enam inci dan beratnya kira-kira 4oz, bahagiaqn kepala telah menjadi kec
il iaitu kira-kira 1/3 daripada bahagian keseluruhan badan. Fetus yang beumur 4 bulan telah menggunakan 25 quarts darah dalam jantungnya. Di waktu ini fetus bertindak balas pada bahagian tertentu sahaja seperti bahagian tangan, kaki dan kepala. Fetus telah betul-betul mempunyai bentuk manusia yang normal apabila berada di bulan kelima. Bahagian kepalanya telah seimbang dan kebanyakan organnya telah betul-betul berfungsi. Di bulan keenam bayi telah boleh membuka dan menutup kelopak matanya. Di akhir bulan keenam fetus telah berukuran kira-kira sepuluh inci dan beratnya kira-kira 24 oz.

Di bulan ketujuh, otak bayi berkembang dan dapat berfungsi untuk mengawal sistem tubuhnya. Mata telah dapat membezakan cahaya terang dan gelap. Bayi yang dilahirkan pada waktu ini dapat hidup dengan sempurna jika dikawal rapi pada perkemb
angannya. Di bulan kesembilan, bayi telah bersedia untuk dilahirkan keadunia.

Sekarang perbincangan akan menumpukan kepada persekitaran pralahir. Mengikut Krause ( 1984 ) persekitaran yang sihat untuk janin akan terhasi apabila ibu mengambil makanan seimbang untuk dirinya, bebas daripada penyakit dan mematuhi arahan doktor. Antara factor yang dapat mempengaruhi persekitaran pralahir ialah umur ibu bapa. Umur ibu semasa mengandung mempunyai hubungan dengan risiko kematian janin. Semakin muda umur ibu semakin lebih berisiko untuk ia mengalami keguguran, anak tidak cukup bulan, atau kematian anak. Ibu yang berumur antara 20 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak.

Hal ini kerana, jika ibu terlalu muda sistem peranakan mungkin tidak begitu matang, anak kadang-kadang rendah berat badan, mengalami kecacatan fizikal dan saraf serta mungkin terencat akal. Bagi ibu yang berumur lebih daripada 40 tahun pula mungkin wujud keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada bayi sindrom down. Umur bapa juga boleh menjadi faktor kepada kesihatan janin. Semakin meningkat umur bapa, semakin tinggi berlakunya mutasi pada sperma. Seterusnya adalah factor pemakanan ibu yang tidak baik juga dapat mempengaruhi janin dengan cara menyalurkan makanan yang tidak berzat kepadanya dan secara tidak lagsung pula mempengaruhi janin dengan cara mengurangkan daya tahan ibu terhadap penyakit. Ibu yang kurang vitamin, garam galian dan protein akan ternyata memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan. Contohnya kekurangan vitamin akan mempengaruhi mata dan organ-organ dalaman bayi, kurang zat besi menyebabkan bayi kekurangan darah dan kekurangan zink menyebabkan sistem saraf bayi rosak.


Faktor seterusnya ialah ibu-ibu merokok semasa sedang hamil. Merokok sememangnya membahayakan kesihatan ibu serta bayi di dalam kandungan. Terdapat kajian yang dijalankan oleh Nieburg et al, 1985 yang menyatakan bahawa kerencatan pembesaran berlaku apabila ibu merokok melebihi lima batang rokok dalam sehari. Selalunya ibu-ibu yang merokok semasa hamil akan melahirkan bayi yang sama ada rendah berat badan, meninggal atau keguguran. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa, ibu yang tidak merokok akan menyalurkan oksigen sepenuhnya kepada janin tetapi ibu yang merokok menyalurkan oksigen bercampur gas, tar dan nikotin kepada janin.

Tekanan emosi juga turut mempengaruhi perkembangan pralahir. Kajian yang dilakukan terhadap binatang menunjukkan bahawa apabila ibu mengalami tekanan aktiviti, kelenjar adrenalina akan meningkat. Pelepasan hormone dari kelenjar ini akan masuk ke dalam darah ibu dan akan disalurkan ke janin. Hal ini secara tidak langsung akan menganggu pembesaran janin. Thompson dan Grusec (1970) mendapati bahawa ibu yang tertekan semasa hamil akan menghasilkan anak-anak yang beremosi. Ibu yang melaporkan kebimbangan yang tinggi semasa hamil mungkin menjaga bayi dengan cara tertentu sehinggakan bayi menunjukkan banyak kerenah dan ragam.

Thursday, February 15, 2007

Pelahiran

Apakah itu 'Pelahiran'

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula. Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar

Tanda-tanda pelahiran yang biasa

Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.

  • Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda.
    Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.

    • Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir
      Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.

  • Pancutan atau lelehan dari rahim

  • Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.

    Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

    Peringkat Pelahiran

    Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya.

    Peringkat Pertama:

    Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya. Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:

    1. Pelahiran Awal:

    Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.

    Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dan kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.

    Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran

    2. Kelahiran Aktif:

    Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.

    Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.

    Peringkat Kedua

    Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj.

    Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit. Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.

    Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.

    Peringkat Ketiga

    Uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan.