Friday, March 2, 2007

Soalan - soalan yang boleh cuba jawab

1. Antara faktor berikut, yang manakah menyebabkan kejadian haid?

A. Ovum tidak disenyawakan.
B. Penebalan dinding uterus.
C. Penurunan aras progesteron.
D. Perubahan folikel Graaf korpus luteum.

2. Apakah unit pewarisan yang mengawal ciri – ciri tertentu bagi sesuatu individu?

A. DNA
B. Gen
C. Kromosom
D. Bes organik

3. Jika sperma yang membawa Kromosom Y bersenyawa dengan ovum, berapakah bilangan kromosom bagi zigot normal yang terhasil?

A. 44 + XX
B. 44 + XY
C. 44 + XXY
D. 44 + XYY

4. Apakah istilah bagi gen yang terletak di lokus yang sama yang mengawal ciri yang sama pada kromosom homolog?

A. Gen dominan
B. Gen resesif
C. Alel
D. Genotip

5. Antara berikut yang manakah bukan komposisi molekul DNA?

I Bes organik
II Gula deoksiribosa
III Fosfat
IV Asid laktik

A IV sahaja
B I dan III sahaja
C I , II dan IV sahaja
D II , III , IV sahaja


6. Apakah kebaikan penyelidikan genetik kepada masyarakat?

I Meningkatkan kualiti hasil pertanian.
II Mengubati penyakit baka.
III Menghindarkan penyakit baka.
IV Menghasilkan spesies baru yang lebih tahan terhadap penyakit.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I , III , dan IV sahaja
D I , II , III , dan IV


7. Apakah yang mungkin berlaku kepada zigot yang terbentuk di dalam tiub Fallopio dalam kehamilan biasa?

I Menempel pada tiub Fallopio.
II Mengalami degenerasi.
III Dikeluarkan dari badan bersama darah haid.
IV Membahagi , bergerak , dan menempel di dinding uterus.

A IV sahaja
B II dan III sahaja
C I , II , dan IV sahaja
D I , II , III , dan IV




8. Antara berikut, yang manakah bukan komplikasi kelahiran?
A Kelahiran yang terlalu lama
B Kedudukan songsang
C Pembedahan Cesarean
D Kelahiran standard

9. Ciri-ciri berikut merupakan risiko yang akan dialami oleh bayi yang mengalami kelahiran terlalu lama kecuali
A anoksia
B bekalan oksigen tidak mencukupi
C kerosakan otak
D mengganggu kelancaran darah


10. kelahiran tanpa keganasan adalah kaedah
A Pembedahan Cesarean
B Kelahiran Standard
C Kaedah Leboyer
D Kelahiran dirancang sumulajadi


11. Kaedah Lamaze adalah
A membantu ibu menanggung kesakitan dan kurangkan penggunaan ubatan
B membantu ibu menanggung kesakitan dengan penggunaan dadah
C ibu mempelajari tentang proses kelahiran dan teknik pernafasan
D melibatkan ahli keluarga terdekat semasa proses kelahiran


12. Apakah yang dimaksudkan dengan ”contraction”?
A pengecutan otot
B pelenggangan otot
C plasenta, tali pusat keluar dari serviks
D pendarahan dalaman



13. Apakah perkara yang harus dielakkan oleh ibu yang sedang mengandung ?
A Mengambil gizi yang seimbang
B Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan
C Mengambil alkohol
D Mengambil vitamin untuk tenaga



Soalan struktur

1. Sila jelaskan 3 tahap kelahiran.

2. Berapa ramaikah bilangan anak yang boleh diperoleh oleh seorang wanita pada sepanjang hayat ?

3. Bolehkah ibu bapa bayi memilih jantina bayi mereka ?




4. Perhatikan rajah di atas yang menunjukkan keratan rentas sistem pembiakan perempuan.

a) Namakan bahagian yang
i) menghasilkan ovum
ii) menjadi tebal selepas pengovulan
iii) dipotong jika diingini pemandulan
iv) menjadi pintu masuk sperma ke dalam sistem pembiakan perempuan
b) Terangkan bagaimana sperma yang berjaya masuk ke sistem pembiakan perempuan dapat menemui ovum.
c) Namakan hormon seks yang
i) menggalakkan pengecutan uterus menjelang kelahiran anak
ii) menyebabkan keguguran bayi sebelum cukup tempoh pertumbuhannya jika arasnya menurun

No comments: